KUCHING: Kerajaan Sarawak akan merujuk kepada negara-negara pakar berhubung dengan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat.
Ketua Menteri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini bertujuan menguruskan kewangan negeri ke arah yang lebih mampan.
Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga akan merujuk kepada dana-dana yang telah berjaya seperti yang diusahakan Norway dan Singapura.
“”Kedua-dua negara itu berjaya dalam menguruskan kedudukan kewangan mereka dengan cara tersendiri menerusi dana tersebut.
“Sehubungan itu, pelaksanaan Dana Kekayaan Berdaulat ini dilaksanakan selepas kita melantik pakar yang boleh memberi nasihat berhubung penubuhannya,” katanya.
Beliau berkata demikian sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Ke-13 pada Ahad.
Pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak lepas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mencadangkan ditubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat bagi mengukuhkan kewangan Sarawak pada masa depan.
Turut sama hadir, Timbalan Presiden Parti PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Pengerusi Tetap PBB, Tan Sri Datuk Amar Awang Asfia Awang Nassar, Naib Presiden Kanan PBB Dato Sri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi.-EDISI UKAS
Sumber dari : UKAS